SEMINGGU selepas kejadian kebakaran yang melanda di wilayah Haifa, Israel, kumpulan Al-Qaeda tampil mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden yang memaksa lebih 10,000 penduduk Israel meninggalkan rumah mereka.
Lapor The Independent, kumpulan Salafi Palestin Ma’sadat al-Mujahideen mengakui terlibat dengan kebakaran di bandar ketiga terbesar itu, termasuk insiden pada 2010 yang melibatkan kebakaran hutan berskala besar di utara bandar Haifa.
Pihak polis Israel setakat ini telah menahan sebanyak 12 individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.
Setakat ini kebakaran adalah terkawal namun polis memberi amaran meminta agar rakyat bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Kumpulan militan berkenaan sebelum ini turut menuntut agar penduduk Yahudi keluar dari penempatan yang dibina secara haram di tanah Palestin dan mengancam untuk terus melakukan kemusnahan di Israel dan beberapa negara sekutu mereka.
Badan bertindak pemerhati jenayah dari Yayasan Jamestown memberitahu The Independent mengatakan dakwaan kumpulan Ma’sadat al-Mujahideen itu turut mengundang persoalan.
“Walaupun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut menimbulkan persoalan, bagaimanapun, daripada rekod sedia ada menunjukkan mereka sering menggunakan api sebagai senjata jihad.
“Terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Gabungan Belia Intifada turut mengaku bertanggungjawab terhadap kebakaran ini pada Khamis lalu,” katanya.
Pada masa ini, penduduk yang dipindahkan dari rumah mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke rumah mereka.
Sementara itu, Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa kebakaran ini berpunca daripada perbuatan khianat dan mendakwa orang-orang terlibat adalah bersifat pengganas.
Beberapa orang rakyat Palestin ditahan dalam cubaan menyalakan api berhampiran penempatan Israe di Kochav Yaakov di Tebing Barat manakala seorang lagi lelaki ditangkap di bawah tuduhan menghasut selepas menyiarkan mesej hasutan di laman Facebook.
0 Response to "Akhirnya Dalang Di Sebalik Kebakaran Israel Didedahkan ! Tapi Boleh Percaya Ke Ni ? Anda Nilai lah Sendiri..Macam Tak Logik Kan..? admin 1 hour ago "
Post a Comment