sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

SERAM...! 23 Kisah Kematian Yang Paling Pelik Di Dunia yG akan MEREMANGKAN bulu roma korang.......







1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air
Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang suka minum arak.Suatu ketika dia sedang mabuk waktu naik perahu melewati sungai Yangtze.Dia melihat bayangan bulan di air.Kerana mabuk,dia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya,namun gagal.Akhirnya dia jatuh ke air dan tenggelam.
2. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia.Panjangnya sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengharuskan semua orang lari.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati seketika.
3. Meninggal kerana menahan buang air kecil
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,dia sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia).Adat pada masa itu meyakini bahwa pergi di tengah jamuan makan,termasuk untuk buang air,adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan.Kandung kemihnya melebar sampai ke hadnya,dan terjadilah infeksi (sistitis) yang parah.Beliau meninggal 11 hari kemudian.
4. Meninggal kerana tongkat konduktor
Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan sembuhnya Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687.Kerana terlalu bersemangat, dia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya.Terjadi abses (jangkitan dengan nanah) dan diikuti gangren (pereputan) .Lully menolak amputasi , dan akhirnya dia pun mati kerana jangkitan yang merebak ke seluruh tubuh.
5. Meninggal kerana lidah tergigit
Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan syarikat 'Agency Pinkerton detective'nya.Suatu hari dia sedang berjalan di kaki lima.Dia tergelincir.Tidak sengaja lidahnya tergigit,dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.
6. Meninggal kerana menendang peti
Sama dengan Lully, tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel, seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee, Amerika Syarikat.Pada suatu subuh dia ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut.Salah satu jarinya terluka, meradang (jangkitan), dan akhirnya membunuhnya.
7. Meninggal kerana kulit jeruk
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang stuntman.Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan barrel-nya.Dia meninggal tahun 1926, dua bulan selepas kakinya diamputasi.Mengapa?, Ternyata dia tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di jalanan, di New Baru.Tungkainya patah dan terjadi jangkitan berat.Ketika itu belum ada antibiotik.
8. Meninggal kerana payung terjun gagal mengembang

Pada tahun 1912 Franz Reichelt mendakwa dirinya berhasil membuat jaket berparasut.Suatu penemuan baru.Dia ingin mencubanya dengan melompatdari puncak menara Eiffel.Sebelumnya dia merancang memakai patung,namun akhirnya tidak jadi.Dia memutuskan memakai sendiri jaket tersebut.Ternyata,seperti yang dirisaukan ramai orang,jaket itu tidak berfungsi dan dia pun mati seketika.
9. Meninggal setelah diracun,ditembak 4 kali,dipukul dan akhirnya ditenggelamkan
Grigori Rasputin (1869-1916) mula-mula diracun dengan sianida.Dosnya setara untuk membunuh 10 orang.Tapi kerana diketahui kemudian bahwa sianidanya sudah rosak oleh pemanasan makanan,dia tidak mati.Lalu dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan kawan-kawannya.Dia tidak mati juga.Dia ditembak lagi 3 kali,tapi tidak mati juga.Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin.Dari hasil autopsi,sebab kematian sebenarnya adalah tenggelam.
10. Meninggal kerana bola besbol
Ray Chapman (1891-1920) dikenali sebagai satu-satunya pemain yang mati dalam pertandingan besbol.Dia mati kerana kepalanya terkena balingan bola dari Carl Mays.Pada saat itu,bola besbol biasanya dilumuri tanah oleh pembaling bola sebelum dibaling,untuk mempersulit lawan melihat bolanya.
11. Meninggal kerana selendang
Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian modern.Dia gemar memakai selendang pada saat bepergian.Pada September 1927,dia sedang naik kereta,dengan tingkap terbuka dan kereta bergerak dalam kecepatan tinggi.Saat itu dia memakai selendang yang berukuran besar.Kerana selendangnya “terbang” sampai ke tayar,dia tercekik seketika dari tingkap kereta.
12. Meninggal ketika membicarakan Hitler
Pada tahun 1943, seorang pengkritik nazisme dan fasisme bernama Alexander Woolcott meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika tengah membicarakan Adolf Hitler.
13. Meninggal di pentas konsert
Leslie Harvey,gitaris Stone the Crows,meninggal pada tahun 1972 kerana terkena renjatan letrik dari mikrofon yang dia gunakan di pentas konsert.
14. Meninggal ketika siaran TV
Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya wartawan TV yang meninggal dunia di tengah siaran langsung tv.dia menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) tarikh 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelumnya memang sudah bermasalah dengan kemurungan yang berlarut-larut.
15. Meninggal kerana “dibunuh robot”
Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot sedang tidak berfungsi.Tiba-tiba robot bergerak dan lengan robot tersebut terkena kepala Williams.Dia mati seketika pada 25 Januari 1979.Hanya 2 tahun berselang,kemalangan serupa terjadi di Jepun.Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja menolak tubuhnya ke dalam mesin putar.
16. Meninggal kerana terpenggal helikopter
Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya mati kerana terpenggal baling-baling helikopter ketika sedang syuting untuk film Twilight Zone,pada tahun 1982.Kes ini mendorong Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja anak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi syuting.
17. Meninggal kerana kaktus
Masih tahun 1982, David Grundman dan seorang sahabatnya sedang pergi memburu kaktus.Mereka bertemu sebuah kaktus besar.Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun.Di depannya ada sebuah kaktus kecil.Mereka menembak kaktus kecil dulu, dan paling sempurna giliran yang besar.Tapi yang berlaku, malah kaktus raksasa tadi ditembak sampai berlubang, dan akhirnya jatuh menimpa Grundman.Dia mati seketika.Benar-benar balas dendam oleh kaktus !.
18. Meninggal kerana tutup botol
Tennessee Williams (1911-1983),penulis drama Amerika Syarikat,mati karena tercekik tutup botol yang tertelan ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York.Hal ini diduga berkaitan dengan kebiasaannya menaruh tutup botol di kedua mata dan mulutnya ketika sedang minum-minum.
19. Meninggal ketika melawak
Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Serikat.Setelah mengatakan "I will not lay down on the job!" (Saya tidak akan meletakkan jawatan!), Dia terus terbaring di lantai.Penonton mengira itu adalah sebahagian dari lawaknya.Tapi kerana dia tak bangun-bangun lagi, beberapa petugas pentas pun memeriksanya dan melakukan bantuan nafas kecemasan.Tidak lama kemudian dia pun meninggal dunia.
20. Meninggal kerana terkena renjatan letrik
Pada tahun 1991,seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen,terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di kebunnya.Setelah itu dia terpegang sebuah kabel telanjang (tanpa bungkus),dan terkena renjatan letrik sampai meninggal.Setelah pemakamannya,adik Paen datang ke kebun tersebut.Dia juga terpijak tahi lembu yang sama,terpegang kabel yang sama,dan meninggal juga.
21. Meninggal kerana domba
Pada tahun 1999,Betty Stobbs sedang memberi makan domba-dombanya dengan motorsikal.Makanan untuk para domba tersebut terletak di belakang motorsikalnya.Ketika itu,domba-domba tersebut rupanya sedang kelaparan.Mereka pun menyerbu makanan di belakang motorsikal tersebut,sampai-sampai Stobbs terlempar ke jurang sedalam 30 meter.Dia belum meninggal kerana “lemparan” ini.Namun ke mana pergi motorsikalnya?.Ternyata ada tepat di belakangnya,dan dia pun mati tertimpa motorsikalnya sendiri.
22. Meninggal kerana rak buku
November 2006, Mariesa Weber (38 tahun) diduga hilang.Sudah 2 minggu dia tidak ditemui oleh keluarganya (padahal dia mati di rumah sendiri!). Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah tumpukan rak buku yang jatuh.Nampaknya dia sedang berusaha memasang kabel TV yang hanya boleh dicapai dengan berdiri di atas meja di sebelah rak buku.Namun malangnya a jatuh dengan kepala lebih dulu, dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber.
23. Meninggal kerana game online
Pada tahun 2005,Lee,seorang lelaki Korea Selatan berusia 28 tahun,mati setelah 50 jam nonstop bermain game online Starcraft di sebuah cyber cafe di Daegu.

0 Response to "SERAM...! 23 Kisah Kematian Yang Paling Pelik Di Dunia yG akan MEREMANGKAN bulu roma korang......."

Post a Comment