Semalam, Elly Mazlein menerusi sebuah akhbar meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta yang tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak anak itu dilahirkan kira-kira enam bulan lepas.
Malah, menurut Elly, Azmi juga tidak pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar anak mereka. Difahamkan, mahkamah sudah memberi hak lawatan seminggu sekali kepada Azmi.
Meskipun seolah-olah dituduh sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, Azmi bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai kenyataan Elly dan meminta agar perkara itu ditanyakan kepada bekas isterinya sendiri.
Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja. Doakan yang baik-baik sahaja okey.
Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Sewaktu mereka bercerai, Elly sedang mengandung anak mereka.
0 Response to "Dituduh Tidak Pernah Melawat Anak Oleh Elly Mazlein : Azmi Hatta Enggan Komen Lanjut"
Post a Comment