Berita terkini punca Farah Fauzana dan Hafiz batal nikah perkahwinan pada 17 September ini. Penyampai radio Hot FM Fafau atau Farah Faufana sebentar tadi telah membuat sidang media bahawa beliau telah membatalkan perkahwinannya atas alasan peribadi atau tidak bersependapat dengan bakal suaminya. Untuk info, Hafiz berusia 38tahun dan merupakan seorang usahawan manakala Fafau berusia 36 tahun sekarang. Difahamkan, pasangan ini telah berkenalan dalam tempoh dua tahun atas dasar dipekenalkan oleh seorang rakan di Majlis Makan Malam . Pada awal ogos 2016, Farah Fauzana telah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 17 September 2016. Namun, pada 4 September beberapa minggu sebelum nikah, beliau mengumumkan terpaksa batalkan hasrat perkahwinan tersebut.
Perkahwinan Sudah Hampir Siap 90 Peratus
Majlis pernikahan dan resepsi pasangan ini sepatutnya diadakan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara pada pukul 9 pagi 17 September 2016. Fara Fauzana pada ketika ini enggan dedahkan sebab sebenar pembatalan pernikahan tersebut atas unsur peribadi. Untuk info, pasangan ini tidak memilih untuk bertunang sebaliknya sepatutnya melangsungkan pernikahan dan resepsi pada 17 september ini. Apapun, moga tabah buat Fara Fauzana dan semoga berjumpa dengan jodoh lebih baik pada masa akan datang.
Gambar Wajah Mohamed Hafiz Bakal Isteri Farah Fauzana Didedahkan
Inilah foto wajah Mohamed Hafiz yang sepatutnya jadi suami Farah Fauzana. Baca selanjutnya Biodata Mohamed Hafiz Bakal Suami Farah Fauzana.
Teruja Nak Kahwin Tapi Hasrat Dibatalkan
Menurut Farah, dah bermacam bersiapan dibuat termasuk saringan HIV, cari hos majlis perkahwinan dan lain-lain namun hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana tidak sehaluan dengan bakal suami.
Antara Proses Persiapan Perkahwinan Farah Fauzana Dan Hafiz
Difahamkan, persiapan pernikahan ini telah dibuat sejak bulan Julai 2016 lagi. Keterujaan Fafau nak kahwin turut dikongsikan dilaman sosial bersama peminat. Apapun, pengumuman Farah tak jadi kahwin pada minit-minit terakhir agak mengejutkan peminat. Dalam tak sabar nak kahwin, tiba-tiba peminat digemparkan dengan pengumuman Fafau batalkan hasrat untuk nikah.
0 Response to "GEMPAR!!! Akhirnya Fara Fauzana Buka Mulut Batalkan Pernikahan Secara Mengejut!"
Post a Comment