sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Majalah Dikecam Kerana Tema Isteri Kedua Jadi Muka Depan



Isu poligami di Malaysia memang agak panas untuk dibincangkan, biarpun halal di sisi agama. Lebih panas lagi apabila majalah tempatan terkenal, URTV mengangkat dua orang berstatus isteri kedua, Izreen Azminda dan Adira Suhaimi sebagai muka depan majalah bulan ini.



Majalah yang bertemakan ‘Naluri Isteri Nombor 2’ itu mencetuskan kemarahan orang ramai dengan mempersoalkan tujuan majalah itu mengangkat nama wanita yang memusnahkan kebahagiaan orang lain. Kerana geram, ada juga ingin memboikot enggan membeli majalah itu lagi.
Kalau lihat pada ruangan komen, nama Izreen lebih hangat diperkatakan berbanding Adira. Malah kenyataan Izreen sebelum ini berkenaan ‘extend masjid’ juga disebut dalam krtikan pedas mereka.
Bagaimanapun pihak URTV sempat membalas, peminat tidak berhak menghukum orang lain tetapi majalah itu tetap dihentam dengan kecaman bertalu-talu. Ada juga yang masih membangkitkan tindakan Izreen bernikah secara rahsia tanpa pegetahuan isteri pertama dulu.
Untuk pengetahuan, Izreen telah bernikah secara senyap dengan seorang pemuzik, Ude Wahid sebagai isteri kedua. Hanya selepas beberapa bulan selepas itu isteri pertama, Intan Liana mengetahuinya. 

1 Response to "Majalah Dikecam Kerana Tema Isteri Kedua Jadi Muka Depan"

  1. Mainkan Agen Resmi Piala Dunia Rusia 2018 hanya di ID303, mainkan piala dunianya

    ReplyDelete