sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Video 4 Pak Guard Jatuhkan Lelaki Berbadan Sasa Tarik Perhatian Netizen





Subang Jaya: Video pergaduhan yang dikatakan tercetus di sebuah kondominium di sini menarik perhatian netizen apabila seorang lelaki yang berbadan sasa telah dijatuhkan oleh beberapa pak guard di bangunan terbabit.

Menerima gelaran 'petarung MMA' oleh pemuat naik video, lelaki berkenaan pada mulanya dilihat bertekak dengan seorang pengawal berbadan kecil sebelum berlaku kekasaran.

Insiden itu menyebabkan tiga pak guard lain segera ke tempat kejadian.

Video itu menjadi viral di media sosial seterusnya mencetus pelbagai komen dari netizen sebelum seorang lelaki yang menggunakan nama Darriush Kha Lili - yang mendakwa dirinya merupakan lelaki di dalam video itu - tampil mempertahankan diri.




Sejak video itu dimuat naik, ia telah mendapat lebih dari 2.5 juta tontonan dan turut dimuat naik di laman perkongsian video Liveleak.com.

Setakat ini, masih belum ada laporan mengenai kejadian.

0 Response to "Video 4 Pak Guard Jatuhkan Lelaki Berbadan Sasa Tarik Perhatian Netizen"

Post a Comment