sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

TAK TAHAN PERANGAI JIRAN SEBELAH. APA YG LELAKI INI LAKUKAN MEMANG WIN !!!

Tak Tahan Perangai Jiran Sebelah. Apa Yg Lelaki Ini Lakukan Memang WIN !!! | Pekan Yishun dikenali sebagai “lubang hitam” di Singapura. Sebut sahaja nama pekan ini kepada mana-mana warga Singapura dan mereka akan menunjukkan reaksi cemas secara tiba-tiba.
Ia menjadi pekan yang sangat ditakuti sehinggakan ada yang mempertimbangkan untuk membina tembok di sekeliling kawasan itu.
Walaupun rancangan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan bagi warga Singapura, seorang warga tempatan bernama Lee mengambil serius akan cadangan untuk membina tembok tersebut.
Lelaki berusia 61 tahun dari Yishun Ring Road Block 112 itu tidak dapat bersabar lagi dengan perangai jirannya, lapor All Singapore Stuff.
Selama beberapa tahun, dia terpaksa bersabar dengan karenah jirannya yang membuang minyak, najis, garam, kuah dan pelbagai lagi bahan buangan ke unitnya hampir setiap hari!
Pembuangan sisa buangan ini telah menyebabkan pagar dan basikal milik Lee berkarat.
Dia tidak dapat lagi bertolak ansur dengan tindakan tidak beradab jirannya itu dan memutuskan untuk membina “tembok” untuk mengekang kegiatan jirannya tersebut.
Namun, usahanya gagal menghalang jirannya daripada meneruskan tabiat buruknya.
Oleh sebab itu, Lee tidak mempunyai banyak pilihan selain “menaik taraf” tembok buatannya dengan menambah paip, pokok kaktus, dan kulit durian!
Sebelum tembok dibina
Selepas tembok dibina
Struktur ini mengambil masa 5 jam untuk dibina. Walaupun ianya tidak setanding Tembok Besar Negara China, ianya tetap menakjubkan, bukan?
Penyelesaian kreatifnya berjaya menghalang jirannya untuk menghampiri kediamannya. Dalam masa yang sama, Lee juga berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat serta menyelesaikan masalah ini.

1 Response to "TAK TAHAN PERANGAI JIRAN SEBELAH. APA YG LELAKI INI LAKUKAN MEMANG WIN !!!"

  1. Mainkan Agen Resmi Piala Dunia Rusia 2018 hanya di ID303, mainkan piala dunianya

    ReplyDelete