sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

TERJAWAB ! Rupanya Ini Punca SEBENAR Staff Bank TUNDUK Kepala Bila Bercakap Dengan Pelanggan !

TERJAWAB ! Rupanya Ini Punca SEBENAR Staff Bank TUNDUK Kepala Bila Bercakap Dengan Pelanggan !

Nak beritahu sikit tentang kerja bank, jangan dikutuk-kutuk orang yang kerja bank. Mereka buat silap sikit, korang dah menyumpah seranah. Tercakap kasar sikit, korang dah melaknat mereka macam-macam sampai viral di Facebook. 

Kerja bank ini bukan mudah seperti yang disangkakan. Nampak mudah saja kerjanya, duduk dalam aircond sahaja. Walhal bukan seperti itu.  Masuk kerja jam 8.30 pagi, balik kerja jam 8-9 belum tentu ada di rumah. Kadang-kadang, ada sampai jam 1-2 pagi baru balik.

Di waktu pejabat, kerja di bahagian kaunter melayan pelanggan yang bermacam-macam perangai. Habis waktu pejabat, kena buat kerja dalaman pejabat pula. Kena buat laporan itu ini. Kalau balance, Alhamdulillah. Tengok-tengok, jam pun dah jam 8 malam. Itu kalau balance, kalau tak balance, rasanya jam berapa kami balik?

Kerja bank ini, mental kena kuat. Tahan tukul, orang kata. Fikir begini sajalah, berdepan dengan pelanggan seharian ditambah pula dengan karenah pegawai atasan. Selepas itu fail dan dokumen tiap-tiap hari bertimbun perlu disiapkan juga pada hari yang sama. Ibu pejabat pula mengeluarkan pekeliling itu ini dan macam-macam hal lagi. Ini semua masuk dalam kepala dalam satu hari. Tekanan kuat tak terkata. 

Kalau korang jenis yang biasa kerja makan gaji, jam 8 pagi masuk kerja kemudian jam 9 pagi keluar minum, jam 11 pagi balik rumah, jam 2.30 petang masuk kerja balik dan jam 4 petang balik rumah, rasanya tak akan tahan kerja bank. Yang ini saya pasti. 

Kau kerja di tempat lain, bolehlah buat,

"Kerja kau kerja kau, kerja aku, kerja aku."

Kerja bank nak buat begitu? Takkan dapat. Semua kerja yang dalam bidang kuasa kau kena ambil tahu. Bila ada kakitangan cuti, maka kau kana tanggung kerja dia. Tak boleh kata tak tahu. Office boy cuti pun kau kena tanggung tugas dia walaupun kau hanya sekadar kerani bank. 

Pernah seorang pegawai bank beritahu, 

"Kerja bank ini bukan setakat isi kita kenam akan, sampai ke tulang-tulang kena makan," 

Begitulah hakikat pekerja bank. Kehidupan sosial jangan ceritalah, kadang-kadang macam tak ada life. Masa dengan keluarga kurang, ada masa balik kerja terus tidur di sofa. Tak mandi, tak makan, esok pagi bangun mandi tukar baju pergi kerja lagi. 

Orang cakap kerja bank banyak duit. Memang banyak duit tetapi kena bayar overtime, claim kerja luar dan pelbagai lagi claim. Tetapi, kalau disuruh pilih antara overtime dengan balik awal, majoriti akan memilih untuk balik awal. Mereka buat kerja sampai lewat malam bukan sebab nak kerja overtime. Tetapi kerana rasa tanggungjawab. Ada pula yang jenis buat kerja tetapi bila sampai masa nak claim overtime, borang claim pun malas nak isi. Bagi halal sajalah pada bank. Sampai begitu sekali. 

Seperkara lagi, kakitangan bank yang kerja di bahagian kaunter ini bukannya kurang mesra atau sombong. Ramai yang bercakap dengan pelanggan sambil tunduk kepala. Kalau nak tahu kenapa mereka jadi seperti itu, bukan mereka saja-saja nak buat seperti itu. Kerja bahagian depan 'Kaunter Operasi' ini selalu kena pesan, jangan tenung mata pelanggan, nanti kena pukau. Itulah masalahnya, bukannya tak pernah terjadi, dah banyak kes pukau yang berlaku sebenarnya. 


Cara kakitangan bank di China berlatih untuk sentiasa senyum

Selain itu, mereka berkelakuan seperti itu sebab nak menjimatkan masa dan tidak mahu bercerita banyak-banyak dengan pelanggan sebab ada ramai lagi pelanggan yang lain sedang menunggu. Harap semua faham.

Apa-apa pun, masuk dulu dalam bidang ini, barulah tahu macam mana. Kalau setakat duduk di kerusi pelanggan saja, macam-macam benda kita boleh fikir.

Seperti kita nak belajar juga. Kalau tak pergi ke sekolah, macam mana nak pandai? Macam mana nak dapat ilmu? Ini tidak, duduk di luar pagar sekolah. Bila bodoh, salahkan cikgu pula. Semua orang yang salah, kau saja tak salah. Nanti bila kahwin, tak dapat anak pun salahkan orang lain juga. Bukannya nak tengok betul ke tidak tempat yang dicucuk. Ini bahasa kasar namanya.

Saya minta maaf, bukan mahu mengutuk orang berkahwin tapi tiada anak, tetapi penggunaan bahasa-bahasa kasar seperti ini untuk membuatkan orang faham.

1 Response to "TERJAWAB ! Rupanya Ini Punca SEBENAR Staff Bank TUNDUK Kepala Bila Bercakap Dengan Pelanggan !"

  1. Untung Berjuta-Juta Dengan Modal RM460! Ada Cara & Platformnya-Diam-Diam Buat Duit

    Make MILLIONS with only RM460...HOW???
    What Can We Do With RM460 Nowadays??
    ~~Buy a House????
    ~~Buy a Car????
    ~~Travel????
    ~~Children's Education Fund????
    ~~Operate a Business????
    RM460 is not a Big Money nowadays...BUT, If there's an LEGITIMATE Investment which can MULTIPLY our RM460 into MILLIONS within few years isn't it WORTH to Consider?? See Below :--
    *****************************************
    Initial Capital: RM460 (one time investment)
    Risk Protection: 85%
    Estimation 7% nett ROI per month *COMPOUNDING*

    1st Year : RM643.67
    3rd Year : RM9003.73
    5th Year: RM91,347.95
    8th Year : RM2.83 mil
    10th Year : RM27.9 mil
    *******************************************
    This is the Power of Compounding Profit!
    鳥Start off your Own Investment Now with ONLY 460! You Will Be Enlightened after some period of time! 潮晶潮晶

    **CONTACT/WHATSAPP 0138866725 untuk Keterangan Lanjut!

    ReplyDelete