sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Viral Video Pelajar Dipukul Dan Ditendang Guru.. Selepas Disiasat Polis, Terbongkar Kisah Sebenar Yang Mengejutkan!!!



Susulan kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian di Jitra, Kedah dikasari tenaga pengajar sehingga tersebar di media sosial(TONTON VIDEO TERSEBUT DI SINI), kedua-dua pihak tampil menyelesaikan kes itu secara dalaman, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, mangsa dan bapanya serta tenaga pengajar terbabit datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu jam 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes tersebut, sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan. 

“Saya dimaklumkan kes itu hanya salah faham kerana berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.

“Penuntut dan tenaga pengajar terbabit bagaimanapun bersepakat untuk berdamai dan menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan kes itu viral di media sosial, pihaknya turut menghantar detektif ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Mangsa juga dibawa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya mengadu pedih di bahagian pipi.

Walaupun begitu, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes tersebut. 

Justeru, Abd Hadi menasihatkan orang ramai tidak terus menyebarkan kejadian itu sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana kes itu telah diselesaikan antara kedua-dua pihak. –The Reporter



Sumber asal: thereporter.my 

0 Response to "Viral Video Pelajar Dipukul Dan Ditendang Guru.. Selepas Disiasat Polis, Terbongkar Kisah Sebenar Yang Mengejutkan!!!"

Post a Comment