sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

PANAS TELINGA!! Baru saja berkahwin, inilah kenyataan maaf mengejutkan Hazama buat pengarah muzik, Ramli MS yang korang tak sanggup baca!!!


Selepas selamat mendirikan rumah tangga, tentu ramai yang tak tahu persiapan saat akhir Hazama sebelum beraksi di pentas AJL. Jadual Hazama terlalu padat sehingga bulan puasa tahun ini sehingga terpaksa melangsungkan perkahwinan apabila secara kebetulan mempunyai beberapa hari kelapangan sebelum menjelangnya AJL baru-baru ini. Hazama memberitahu dia baru sahaja memulakan sesi latihan sempena Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) beberapa hari selepas hari kahwinnya.

Lewat mulakan persiapan untuk AJL31 kerana sibuk hal kahwin, Hazama mohon maaf pada Datuk Ramli MS

Bahkan secara berseloroh, dia turut meminta maaf kepada Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS ketika itu kerana lewat menghantar susunan lagu Di Amaran Mama.

“Kerana sibuk dengan urusan lain, termasuk menguruskan majlis perkahwinan Ahad lalu, saya tidak sempat membuat sebarang persiapan lagi untuk AJL31.

“Walaupun membuat persiapan saat akhir, saya berharap akan memberi yang terbaik pada malam itu nanti.

“Malah saya juga menyimpan harapan untuk mendapat tiga tempat teratas kerana bagi saya lagu Di Amaran Mama walaupun nampak simple, tapi ia ada penceritaannya sendiri,” katanya ketika itu kepada MHOnline. 
Bagaimanapun lagu tersebut gagal meraih sebarang kedudukan di AJL yang menobatkan lagu Dayang Nurfaizah 'Lelaki Teragung' sebagai juara. 



Sumber: Media Hiburan

Sumber Lewat mulakan persiapan untuk AJL31 kerana sibuk hal kahwin, Hazama mohon maaf pada Datuk Ramli MS

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com 

0 Response to "PANAS TELINGA!! Baru saja berkahwin, inilah kenyataan maaf mengejutkan Hazama buat pengarah muzik, Ramli MS yang korang tak sanggup baca!!!"

Post a Comment