sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Dah Agak Dah!! Akhirnya Terbongkar Rahsia Che Ta Dapat Pendapatan RM80000.00 Sehari..Kalau Buat Macam Tu Orang Biasa pun Boleh

Image result for gambar che ta





#Pelakon Rozita Che Wan tidak berminat untuk menggunakan taktik murahan untuk melariskan produk terutamanya berkaitan penjagaan dalaman wanita atau jamu.

Rozita atau nama mesranya Che Ta, 43, berkata, cara itu hanya akan memperlihatkan produk keluarannya nampak murah dan berkualiti rendah.

#"Saya tidak mahu produk saya nampak murahan jika melakukan promosi yang keterlaluan atau tampil dengan aksi-aksi kurang sopan seperti yang sering menjadi viral di laman sosial. 

"Secara tidak langsung orang akan nampak saya juga murah seperti produk itu. Bagaimanapun, ia terpulang kepada cara masing-masing,

#Dia ditanya pendapat tentang strategi pemasaran yang digunakan segelintir peniaga yang sanggup menggunakan aksi-aksi keterlaluan supaya menjadi bahan viral bagi menjual produk mereka.

Rozita ditemui pada majlis perlantikkannya sebagai duta festival fesyen Gegar Fest yang diadakan di Flora Tarrace, di sini, Isnin.

Ia turut melibatkan selebriti lain sepeti Datuk Aznil Nawawi, Dafi, Jihan Muse, Sabhi Sadhi, dan Ryzal Jaafar.

Empat jenis produk di bawah syarikat RCW yang akan dijual pada acara itu ialah minyak wangi, jus goyang rapat, pencuci goyang segar dan losyen putih ajaib.

#Dalam pada itu, Rozita mengakui dia mampu meraih keuntungan bersih kira-kira RM80,000 sehari jika berniaga di festival atau bazar-bazar yang dianjurkan seperti itu.

#Keuntungan lumayan itu juga, membuatkan dia tidak terfikir untuk membuka kedai sendiri bagi menempatkan produk-produk miliknya.

"Saya masih berniaga melalui stokis-stokis yang dilantik dan melalui bazar-bazar yang kami sertai kerana keuntungannya lebih memberangsangkan. 

"Kalau di bazar biasanya sehari sahaja saya boleh dapat keuntungan bersih RM80,000. Malah selaluinya produk-produk yang kami jual tidak ada yang dibawa pulang.

"Setiap kali bazar atau festival ini saya akan letak target berapa yang akan terjual dan saya akan bekerja keras untuk habiskan stok atau capai target itu," ujarnya.

#Sementara itu, ditanya sama ada pernah mengalami kerugian dalam bidang perniagaan, Rozita berkata, dia sentiasa berhati-hati dan yakin dengan setiap perniagaan yang diceburi.

#"Saya tidak pernah rugi lagi setakat ini dan prinsip saya suka ambil risiko, walaupun dalam perniagaan kita kena uji market dahulu sebelum jual.

"Saya suka redah sahaja dan usaha kuat sikit agar produk itu habis seperti yang dirancang," ujarnya.

0 Response to "Dah Agak Dah!! Akhirnya Terbongkar Rahsia Che Ta Dapat Pendapatan RM80000.00 Sehari..Kalau Buat Macam Tu Orang Biasa pun Boleh"

Post a Comment