sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Kajian: Tak Gemuk Pun Makan Cheese

Bagi anda yang sedang ingin menurunkan berat badan pastinya akan cuba mengelakkan diri dari memakan beberapa jenis makanan yang berlemak dan keju adalah salah satu makanan yang dikatakan boleh mengemukkan seseorang.
Namun begitu satu kajian telah dilakukan oleh penyelidik di Universiti College Dublin (UCD) mendapati mereka yang mengambil keju setiap hari tidak mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dan mempunyai body mass index yang sesuai.

Kajian tersebut dijalankan kepada 1,500 orang Ireland dan mengkaji tentang kesan produk tenusu kepada kesihatan manusia.
Mengejutkan mereka yang mengamalkan produk tenusu rendah lemak didapati berpotensi mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.
Selain itu kajian tesebut juga mendapati pengambilan keju setiap hari tidak mempengaruhi peningkatan lemak dalam badan dan kadar kolestrol

Gambar: The Urban List
Ketua penyelidik, Dr Emma Feeney turut melaporkan menerusi kajiannya itu juga mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak dan yoghurt lebih teruja untuk mengambil makanan yang tinggi kadar karbohidratnya sekaligus boleh meningkatkan berat badan.
Walau bagaimanapun kadar keju yang boleh diambil tidaklah berlebihan dan lihat juga kepada cara masakan, sekiranya anda memakan donut cheese ataupun cakoi cheese kami pasti berat badan anda akan bertambah ataupun tidak berkurangan.

VIDEO: Roti John Cheese Padu, Meatball Cucuk Sedap!

0 Response to "Kajian: Tak Gemuk Pun Makan Cheese"

Post a Comment